Tuesday, May 12, 2009

kisah-kisah kejayaan

saya ingin berkongsi...dengan anda semua...tentang kesedaran diri anda tentang potensi diri anda...mungkin anda...asyik diselubungi..kesedihan..tentang keadaan diri anda sekarang..
saya ingin katakan pada anda sesuatu. setiap orang ada kelebihan mereka masing2.namun kadang2 kelebihan itu di sekat oleh kelemahan mereka sendiri..bila kita asyik di timpa kesusahan,apa yang kita nampak..hanyalah..kekurangan kita..kelebihan dan kekuatan kita..kadang2 hanyut entah kemana...itulah yang menyekat kita..di sini saya ingin..berkongsi..sesuatu dengan anda tentang sebuah kisah seorang jutawan di dunia... sekarang ini..dulu dia hanyalah seorang insan biasa tapi bila beliau sedar tentang potensi yang ada dalam diri dia..dan dia tidak putus asa dalam mengembangkan potensi yang ada dalam diri dia..dan akhirnya dia berjaya.saya mengambil kisah ini dari...saudara nizam dan hisyam .saya ingin mengucapkan terima kasih pada mereka kerana telah membuat saya sedar tentang sesuatu yang saya tidak sedari selama ini.. saya mengambil banyak iktibar dari kisah ini..dan saya harap anda juga akan menyelami diri anda..dan carilah sesuatu dalam diri anda yang anda boleh ketengahkan..setelah anda membaca kisah di bawah ini...anda pun mampu berjaya seperti diri jutawan ini...selamat membaca..

Daripada Surirumah kepada Pengarang $100 Juta

Seorang janda , Joanne Rowling yang hidup dalam kesempitan dan tinggal di apartment satu bilik yang sejuk di Edinburgh, dimana beliau juga membesarkan anak perempuannya, Jessica. Untuk melarikan diri dari kesejukkan, Joanne selalunya akan pergi ke sebuah kedai minuman, café dan memesan secawan kopi, yang dihabiskan selama berjam lamanya kerana beliau sudah pokai! Kesusahan ini memberikan dorongan kepada beliau untuk mengikut satu idea iaitu menulis satu novel mistik atau khayalan.Berumur 29 tahun pada ketika itu, perkara yang paling buruk yang akan terjadi daripada idea beliau ialah jika buku beliau ditolak oleh penerbit!Ini memberikan semangat kepada beliau untuk menulis setiap hari.Pada sebelah pagi, Joanne akan membawa Jessica ke taman permainan,berjalan-jalan sehinggalah anaknya tertidur, kemudian beliau akan terus ke café, menulis sehingga 2 jam semasa anaknya tidur.Sekali lagi pada waktu petang, semasa Jessica sedang tidur, Joanne akan menulis sehinggalah beliau penat dan tidur. Walaupun menulis Harry Potter and the Sorceree’s Stone satu kerja yang cukup susah, beliau masih waras.Semasa buku beliau dalam pembikinan, beliau menghadapi satu lagi masalah,beliau tidak mampu untuk membeli komputer untuk menaip novel beliau. Jadi beliau mengupah beberapa pound kepada seorang tua untuk menaip novel beliau. Kemudian Joanne terpaksa menaip satu lagi buku kerana beliau tidak mampu untuk membuat salinan fotostat!Beliau mencari dua agen ditelefon direktori dan mengeposkan buku tersebut kepada mereka. Beliau beritahu bahawa hari yang paling gembira dalam hidup beliau ialah apabila salah seorang dairpada mereka bersetuju untuk menerbitkan buku beliau. Buku pertama diterbitkan di England pada bulan Jun, 1997. Harry Potter mencatat kejayaan yang cukup mengkagumkan dengan publisiti yang meluas.Joanne mengaku bahawa beliau tidak menduga perkara ini akan terjadi.Walau pun buku beliau adalah berkenaan kisah kanak-kanak, tetapi orang dewasa ramai yang meminatinya. Buku beliau kini diletakkan sebaris dengan buku-buku popular dunia sepertiLord of the Rings, The wizard of OZ, Alice in Wonderland. Harry Potter dengan hanya tiga pengembaraan telah menjadikan Joanne seorang jutawan dengan harta mencecah $100 juta pound (RM600 juta!)

kata2 motivasi: perubahan yang kekal adalah perubahan yang datang dari dalam diri kita sendiri..bila kita cuba merubah diri kita dari segi luaran...ia selalunya cuma bertahan untuk sementara sahaja...fikir-fikirkanlah..salam kesedaran dari saya..